Saturday 3 December 2011

Itulah Takdir..Bhgn 1~

Bismillahirrahmanirrahim...

"Woi sakit la"ngadu Asyikin sambil mengurut kepalanya. 'kurang asam punya kawan' merungutnya. Berkerut menahan sakit. Kuat.
"Tu la..sapa suruh duk ngadap handphone tu 24 jam. Aku hok duk sini pun tak sedar apatah lagi nak sahut panggilan aku"sindir Nafisah. Tergelak dibuatnya apabila melihat respon dari kawannya yang sudah tiga tahun menjalinkan ukhuwah persahabatan.

Terasa panas membahang di sebalik tudung yang dipakainya. Pelbagai gelagat siswa dan siswi yang menjadi pencuci matanya. Ada yang dihantar oleh parent masing-masing dan ada yang menaiki kenderaan awam. Dan yang itu termasuk dirinya sendiri. Sedih juga perasaanya ketika itu. Mahu sahaja dia melangkah pulang ke tempat asalnya semula. Namun apabila memikirkan tujuan sebenarnya berada disitu,dia kembali tabah. 'Ya Allah berikanlah aku ketabahan dalam menghadapi dugaan di sini dan permudahkan urusanku,amin..'doanya senyap. Matanya meliar mencari meja pendaftaran. Dalam surat yang diterimanya memberi maklumat agar melakukan pendaftaran sebelum pukul 12 tengah hari. 'Ish mana ni,tak jumpa-jumpa lagi ni' rungutnya namun kembali beringat bahawa Allah tidak suka hambaNya yang merungut. Dia kembali beristighfar. Dalam hatinya berdoa agar sentiasa dipermudahkan urusannya. Tidak lama kemudian dia ternampak satu meja yang terletak di satu sudut di sebalik tiang.'Ehm..mungkin yang tu kut..banyak students yang beratur tu'monolognya. Dia segera menuju ke arah meja itu. Sebaik sahaja sampai di meja itu dia melihat tag yang terdapat di atas meja itu. 'Yes..betul la ni' senyumnya. Semasa dia beratur tiba-tiba  dia terdengar suara yang memberi salam.
"Assalamualaikum" suara perempuan menyapa lembut.
"Waalaikummussalam" dia berpaling ke arah suara itu. Gadis itu memberi senyuman yang manis untuknya.
"Hai,saya Asyikin. Selamat berkenalan."senyum gadis itu lagi.
"Hai,saya Nafisah. Dan selamat berkenalan juga."seraya itu gadis yang bernama Asyikin itu tergelak mendengar jawapnnya. Nafisah hanya senyum melihat rakan barunya itu. Itulah titik permulaan persahabatn mereka dan siapa sangka mereka merupakan satu roommate. Kuasa Allah. Dialah yang menentukan setiap pertemuan.

"Woi!!tengok dia pulak termenung. Tadi marah kat orang. Cepat la siap..tadi kata nak pergi shopping"ingat Asyikin. Nafisah hanya senyum kambing melihat Asyikin.
"Sorry la sister. Tapi pembetulan eh,bukan aku yang nak shopping tapi kau. Aku yang ingatkan kau jer tadi" tingkahnya.
"Okay..okay..memang  aku yang nak shopping tapi kau pun shopping gak"balasnya.
"Bila masa aku ada kata cam tu. Nak merapu la tu"tingkahnya serius.
"Hello..sapa kata kau tak shopping. Eh shopping window tu bukan shopping gak ker?"balasnya dengan soalan.
"Lain"dia mengeleng.
"Okay..okay..kau betul. Tu pun nak serius. Asyik..asyik kau jer menang" rajuk Asyikin.
"Mula la tu nak buat mulut itik dia tu. Hei kawan,memang aku sentiasa menang. Kau je yang selalu kalah"gelak Nafisah. Seronok lakukan kawannya begitu. Asyikin merenung tajam. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu.
"Ada satu benda yang kau kalah ngan aku"dia menjawab.
"Apa dia?"soal Nafisah.
"Aku ada pakwe dan kau takder" gelak Asyikin kuat. Nafisah sedikti terkedu. 'Huish berbisa betul. Nak kena betul dia ni,siap ngko'
"Ooo..mentang-mentang dia ader boyfriend. Nak megah la tu. Ambik kau,terimalah penangan geletek  aku yang gagah perkasa ini"Nafisah mengeletek Asyikin sampai dia mengeluarkan air mata.Beberapa kali Asyikin cuba mengelak namun gagal. Akhirnya Asyikin mengaku kesalahannya barulah Nafisah berhenti.
"Baru rasa. Lain kali kalau mulut cabuk kau tu nak condaim aku,baik tak payah"dia menunjukkkan tanda 'no'.
"Dah..dah. Malas la aku nak gaduh ngan kau ni. Buang karan dan buang masa. Let`s go to shopping!" serentak itu kedua-dua mereka menaiki kereta berjenama Kia Motors itu.

Malam itu terasa dingin di tengkuknya. Terasa nyaman dan damai. Bintang yang bertaburan di langit menghiasi bulan yang menerangi. Subhanallah. Indah sungguh ciptaanNya. Dia memuji ciptaan yang agung nan indah itu. Tiada satu yang dapat menandinginya.
"Syahmi..oo..Syahmi..mari turun nak"kedengaran suara ibunya memanggil adiknya.
"Syahmi..panggil abang kau sekali"perintah ibunya dalam lembut. Kedengaran bunyi derapan kaki adiknya ke arah balkoni yang dia sedang berehat.
"Abang,mama panggil makan malam. Jom la nanti mama keluar machine gun dia,habislah kita" ajak adiknya. Dia hanya gelak mendengar rungutan adiknya. Mama kesayangannya memang begitu. Kalau lambat sikit,ada la yang kena kaku sebab kena freeze oleh ibunya tercinta.
"Pergilah turun dulu. Cakap kat mama nanti abang turun."jawabnya.
"Suka hati abang la..." Dia hanya memerhati setiap langkah adiknya itu. Tak lama kemudian terdengar laungan ibunya memanggil namanya. 'Woish mak aku kalah siren. Ada bakat untuk ganti siren kat kilang ni'ujarnya nakal. Dia segera meletakkan bahan bacaannya di atas meja kopi dan terus turun ke bawah.
"Ya mama"jawabnya.

"Sakitnya kepala"dia mengurut kepalanya yang berdenyut. Bagaikan ada satu beban yang sangat berat dia atas kepalanya. Dia mencapai dua bji Panadol Actifast untuk menhilangkan rasa sakit itu. Stress dia dibuatnya apabilamemikirkan banyak assingments yang tidak disiapkan. Dateline dah nak dekat. Ya Allah tolonglah..dia merintih.
"Eh Nafisah,kenapa ni? Kau nampak macam tak sihat jer?"soalnya.
"Aku sakit kepala sikit la."jawabnya tanpa menoleh.
"Sikit kau kata. Aku tengok macam nak deman jer. Makan panadol tak ni?"soalnya lagi.
"Dah. Yang aku makan tadi dah masuk yang keenam aku makan. Tapi tu la tak surut-surut gak."jawabnya.
"Erm..aku rasa kau ni kurang berehat kut"Asyikin memandangnya risau.
"Tak kut."jawabnya pendek. Meningkah.
"Mana taknya. Kau ni waktu orang cuti kau sibuk nak siapkan assingment kau. Setiap malam tidur pukul 2,3. Kau tak cukup rehat ni. Pergilah rehat dulu. Nanti kau sambung la balik. Tak lari la semua tu."nasihatnya.
Nafisah memandangnya tanpa perasaan.
"Pergi berehat la..kan aku tutup computer tu. Tak pasal-pasal hilang data"ugutnya. Namun Nafisah hanya buat tak endah.
"Aku tutup. Serius ni" dia meletakkan jarinya di punat main switch computer itu.
"Okay..okay..aku pergi rehat" akhirnya dia akur. Tapi sebelum itu,dia terlebih dahulu 'save'kan segala maklumat dan data termasuklah assingmentnya yang hampir separuh siap. Kebelakangan ini banyak projek universiti yang terpaksa dia handle. Apabila orang sudah memberi kepercayaan,dia kenalah buat yang terbaik. Kesudahannya dia juga yang penat namun tak semua dia yang mendapat nama. Kadang-kala orang lain yang dapat nama. Sedih juga apabila diperilaku sedemikian namun ditahan sahaja. Mungkin itulah cabaran yang dihadapinya ketika di universiti. Dan mungkin pengalaman ini mematangkannya dari setiap sudut. Dia sentiasa berdoa agar Allah memberi yang terbaik untuknya. Sentiasa...

No comments:

Post a Comment

cari2

cebisan diriku...

My photo
diri ini tidak pandai untuk menilai siapakah gerangan ini..diri ini hanya mengharapkan yang terbaik daripada Ilahi..hanya yang mengenali diri ini sebenar-benarnya yang mampu untuk menilai.....

kata2 hikmah..penyeri kehidupan~

manis bicara,
indah tutur kata,
manis senyuman pembuka ukhuwah,
hati yang manis bercahaya,
menjadi pengikat sesama kita...

manis bicara,
pembuka ikatan,
manisnya pengalaman,
bila baca al-Quran,
semoga impian jadi kenyataan....


Rasulullah S.A.W Bersabda..

Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak
akan berada pada diri seseorang itu
melainkan ia menjadi perhiasan baginya
dan tidak dicabut dari seseorang itu
melainkan menjadi celaan baginya.

RIWAYAT MUSLIM..