Tuesday 13 December 2011

Bismillahirahmanirrahim...

Sedang duk blog walking terbaca entry lama sahabat (prefer guna sahabat daripada kawan-sebab sahabat mempunyai meaning yang lebih mendalam than kawan walaupun maksud yang sama )..yang menyentuhkan hati saya pasal entry tu ialah disebabkan whole enrty tu about frienship in Islam...tiba2 terasa macam sedih jer..sebak jer..so this post I want to dedicated to all my precious friends..all boy and girls...we are friends forever and ever..Insya-Allah at here and hereafter..this puisi are for you all..

Hanya sebentar,
di satu pengajian atau awam,
satu senyuman diberi tanda sapa,
salam dihulur perkenalan bermula.

Dan satu perjalanan bersama telah bermula,
di situ kita belajar memahami,
walau kekadang tergigit lidah,
walau kekadang rapuh di tengah jalan,
walau kekadang terpaksa luka terpijak duri,
namun kita tetap bersama sentiasa.

Itulah nilai satu harga,
bermula pertemuan yang ditentuNya,
terjalin hubungan yang suci,
pelbagai ragam insan yang ditemui,
untuk mendapat satu gelaran,
gelaran yang mahal untuk mereka yang menghargainya.


Namun kekadang kita lupa,
putaran masa telah membuat kita lalai dalam mengenal erti sebenar,
sebuah persahabatan...
bukankah persahabatan mengajar kita erti setia,
bukankah persahabatan mengajar erti kasih sayang,
harus kenapa dicemari dengan noda dan titik hitam???

Bermula hanya sebentar,
namun perjalanannya yang sangat panjang,
tanamlah antara kau dan aku,
ukhuwah yang kukuh,
berpaksi yang Esa,
dimana ketika kaki kiriku di neraka,
dikau tariknya dengan kudratmu untuk masukkannya di dalam syurga.

Jadikanlah ukhuwah ini sebuah ukhuwah yang diredhaiNya,
jadilah jalinan ini seperti Rasulullah dan Abu Bakar,
yang sanggup berkorban demi sahabat yang dicintai,
yang menjadikan hubungan ini bersih seperti kain putih.

Yang hanya ku berdoa agar ukhuwah ini,
sentiasa berkekalan di bawah naunganNya,
yang sentiasa disuburi kekuatan iman,
diwangikan haruman syurga dunia,
semoga kita sentiasa sahabat di dunia dan di akhirat,
dan semoga kita dapat berjumpa di syurga kelak....






No comments:

Post a Comment

cari2

cebisan diriku...

My photo
diri ini tidak pandai untuk menilai siapakah gerangan ini..diri ini hanya mengharapkan yang terbaik daripada Ilahi..hanya yang mengenali diri ini sebenar-benarnya yang mampu untuk menilai.....

kata2 hikmah..penyeri kehidupan~

manis bicara,
indah tutur kata,
manis senyuman pembuka ukhuwah,
hati yang manis bercahaya,
menjadi pengikat sesama kita...

manis bicara,
pembuka ikatan,
manisnya pengalaman,
bila baca al-Quran,
semoga impian jadi kenyataan....


Rasulullah S.A.W Bersabda..

Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak
akan berada pada diri seseorang itu
melainkan ia menjadi perhiasan baginya
dan tidak dicabut dari seseorang itu
melainkan menjadi celaan baginya.

RIWAYAT MUSLIM..