Tuesday 29 November 2011

Don`t jugde BOOKs by its cover la....

Bismillahirrahmanirrahim....

Perhatian!!!perhatian..nak tanya skit..nak tanya skit...saper hok sini terus terang la bila dia nampak lelaki ker perempuan ker...tak kisah la pakaian dia cam mana sekalipun..dalam hati dia ader terdetik pasal apa2 jer kat orang tu..TOKSAH NOK BOHONG LER...every person in this world pasti ader intitution dia sendiri....
Tadi duk blog walking...jalan2 hingga la sampai kat blog frenz saya....terbaca ler entry baru dia...tu tiba-tiba terdetik kat hati kecil saya nak wat pasal benda ni. Kekadang saya pun nak hairan,apesal ar setiap orang ( termasuk yang hina ni) pasti tengok orang tu dari rupa paras dia,dari segi penampilan dia..dan semua serba-serbi dari luaran la..padahal hati budi pun tak kenal lagi..silap2 nama pun TAK TAHU..ha3 buat malu company jer...



ni nak ambil kesempatan ler eh buat bunga2 kat luar sana tu (termasuk ler diri yang hina ni)..ader pesanan ikhlas dari penaja ( saya la tu)

Kalau ader lelaki2 kat luar sana atau bahasa kasar..ader kumbang-kumbang nak datang hinggap kat bunga-bunga yang cantik kembang mekar di taman..TAK USAH NAK LAYAN..lelaki ni bukannya bleh cayer..
diorang ni kat luar jer nampak baik..mulut tu..alahai..bak peribahasa kata apa..lembut lidah dari gusi-bak tanam tebu di bibir~sampai gitu sekali tahap peribahasanya..nak beritahunya..diorang ni HIPOKRIT..diulang sekali lagi..HIPOKRIT..sorry ye para2 lelaki di luar sana kalau ada yang terasa...tapi itu lah hakikatnya..kalau nak tackle sorang awek ni bukan main lagi.."saya ikhlas ni nak kawan..""awak la yang saya idam-idamkan""you are the best girl that i have found" n many more yang boleh mencairkan taik telinga ( this is not my experience yer..semuanyer cedok dari frenx punyer story..)..
tu semua tu BOHONG SEMATA-MATA la..kadang2 saya naik kasihan gak kat mana2 girl yang terpedaya..ye la diorang tu bukan main lagi taruh harapan..tapi si kumbang ni bila dah dapat aper diorang nak bukan main happy..pastu tinggal jer si bunga ni terjelepok..terkapai-kapai kesedihan..the end of storynya si bunga ni mengandung la..bunuh diri la..
bukankah Allah telah menetapkan setiap hamba yang diciptakan pasti ada jodohnya sejak azali lagi. Nama kita dan nama si dia dah termaktub kat arasy dah..so apa yang nak dirisaukan. Memang kita sebagai manusia ni kena usaha tapi kan ada syariat yang telah membataskan lelaki dan perempuan. Si kumbang gentlemen la sikit..kalau ikhlas kenapa tak direct to the point jumpa parent si bunga. Kenapa perlu dating sana..mesej sana..pengang sana..pengang sini..kalau jadi apa2 barulah nak MENYESAL..masa tu nak keluar air mata darah pun tak guna dah..entah-entah hingus pun dah kering sebab banyak menangis...
bagi yang sesetengah takder jodoh tu usah bimbang..Allah tidak kejam bahkan Dialah maha pengasih..we as hambaNya must have strong faith dan yakin apa yang ditetapkan pasti ada hikmah yang tersembunyi..kalau tak kahwin kat dunia..insya-Allah kat syurga sana kelak akan dapat seorang bidadara...bahkan lagi hensem n macho than kumbang kat dunia ni.. sorry ker para lelaki di luar sana..tapi dengan syarat..kenalah jadi hambaNya yang solehah (bagi yang perempuan)..kalu laki jadilah hambaNya yang soleh...
erm..kat sini bukannya nak salahkan 100 percent kat lelaki..kasihan gak kat korang..nanti kata apa pulak kat saya ni..".ish penulis ni...agak-agak ar nak kutuk orang pun".."mana ader..kitorang tak semua cam tu.."..yes..memang tak semua cam tu..tapi nak wat cam mana..dah nama lelaki so all men kena tempiasnya sekali la..apa lagi terima la dengan hati yang terbuka...

For all men n boys kat luar sana tu..jadilah men yang boleh protect kitorang..bukankah lelaki merupakan pelindung bagi wanita...andainya benar ikhlas untuk menyunting bunga sebagai teman hidup dan permaisuri di hati..maka berterus-terang la..tak payah nak berdalih-dalih lagi..gunakan syariat sebagai jalan untuk menyunting..bukannya di phone,YM,FB,and lain-lain. Ye la..dunia sekarang dah maju sangat,,semuanyer di hujung jari..makin maju..makin banyak maksiat berleluasa..
Rasulullah pun dah bersabda yang dunia akhir zaman ni fitnah berleluasa..maksiat di tepi jalan dan banyak lagi yang saya tak sanggup nak sebut sebab semuanya SUDAH WUJUD DI ZAMAN INI...sedih3...

For all women and girls lak..jadilah muslimah yang betul2 muslimah..pakaian tu kenalah jaga..kekadang nak tercabut mata saya tengok betapa dasyatnya baju yang dipakai..sampaikan saya rasa nak ter"phewit-phewit" sekali..betapa..wow..mengodanya..tu sama jantina yang tengok tu..kalau lelaki tengok..lagilah..tercabut segala anggota badan. Apasal la korang nak terikut-ikut budaya barat..padahal islam telah menetapkan sesuatu perkara tu sangat indah dan bagus..kan ISLAM TU THE WAY OF LIFE..apalagi yang korang tak puas hati..kalau nak kahwin ngan lelaki yang soleh..kita pun kena baiki diri sendiri dulu..
Diri ini merupakan perhiasan yang sangat indah..hanya yang muhrim sahaja dibenarkan untuk melihat..bukan muhrim tak bleh..HARAM!!!!
so conclusionnya...toksah la nak jugde people tu berdasarkan luaran sahaja..hati budi kena kenal..kalau nak berkawan tu boleh tapi KENA DAPAT KEREDHAAN PARENT DULU..baru bleh jalan..kalau tak..bila dah serius..kenal kat parent..pastu parent tak setuju..susah nak putus balik..ye la penat2 bercinta..kena putus..SAPA NAK!! jadi..si kumbang kenalah beranikan diri jumpa parent si bunga..cerita hajat sebenar..kan islam tu indah...kalau ikut cara islam..insya-Allah..sangat manis dan berkekalan..dan yang pasti kena yakin bahawa jodoh tu di tangan Allah..setiap hamba yang diciptakan pasti ada pasangan masing-masing...kan Allah ada berfirman bahawa setiap makhluk yang diciptakan dijadikan berpasang-pasangan..so why should worried about..trust Him...


Last but not least..bunga2 kat luar sana tu..jagalah penampilan diri..akhlak kena jaga..perilakulah seperti mana saidatina Khadijah,saidatina Fatimah dan saidatina Aisyah...jadilah srikandi yang menengakkan agamaNya di muka bumi ini...

Nak tulis panjang2 pun takut korang kata boring la..membebel ntah apa2 la dia ni..so this is the end of this entry..kalau ada apa tak pueh hati..comment la ye..hamba ni insan yang hina jer..takder apa2 yang nak dibanggakan...so enjoy!!!

ups..sebelum terlupa ni ada sedikit puisi untuk semua..

tengok dari luar..
wah segaknya..
tapi hakikatnya cakap...mak aih tergagap-gagap.

tengok dari luar,
wah menawan..anggun..
tapi hakikatnya..bila keluar suara..ops..pondan..

tengok dari luar,
budak bijak ni,
tapi hakikatnya..alamak 1+1 pun tak tahu.

tengok dari luar,
macho bergaya,bila senyum..perempuan cair,
tapi bila disoalnya agama skit..dah angkat bendera putih.

tengok dari luar,
wah..hebat berpidato atas stage..
tapi bila disuruh mengaji..terkokak-kokak.

bukan niat dihati untuk menghina atau mengecilkan sapa-sapa,
namun ambilah sebagai iktibar diri,
sebagai sandaran diri untuk berubah yang lebih baik...

Sunday 27 November 2011

sakit perih pemimpin~

Tak tertahan tanggung rasanya,
sakit,
perit,
pedih,
sedih,
bingung,
semua perasaan bercampur gaul,
salah,
tanggungjawab,
amanat,
menjadi sebati dalam diri.

Tapi,
itulah dinamakan insan,
yang perlu memimpinkan,
tangan-tangan kecil yang terkapai-kapai,
hati-hati halus yang terkontang-kanting.

Namun,
kekadang kau tertewas,
dek hasutan yang bermaharajalela,
namun sesekali imanku goyah,
naun takkan aku mengalah dan berserah.

Tetap aku mendaki.
tetap aku mencari,
tetap aku memimpin.

Sehinggalah hingga akhir hayat,
biarpun jasad tidak dikenang,
biarpun budi tidak dibalas,
namun tidak ku harapkan semua itu,
kerna ku tahu ianya di dunia.

Biarlah,
aku tidak kisah,
yang hanya ku pinta,
hargailah daku walau sesaat,
hanya sekejap,
kerna yang sekejap itulah,
yang berkekalan........

Anugerah itu~bhgn 2~

"Dengar elok-elok ye apa yang mama nak cakap ni" Puan Hasanah memandang tepat wajah anak gadisnya itu. Amira hanya mendiamkan diri. Akur.
"Mira,setiap perkara mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang kita tak pasti apakah ia. Hanya sesetengah sahaja yang dapat mengetahuinya. Justeru itulah kita sebagai hamba kena akur dan redha setiap perkara sama ada suka ataupun tidak."lembut dan hikmah.
"Mungkin peristiwa ini menjadi titik tolak nagi permulaan untuk Amira berubah menjadi manusia yang lebih baik. Mungkin ini cara Allah untuk menegur Amira supaya tidak terlalai dan hanyut dalam melewati perasaan.". Amira mendonggak kepalanya dan mengangguk perlahan.
"Mama,akak memang sakit hati sangat dengan sikap budak tu. Akak rasa sangat sedih. Akak rasa nak terus-terang jer."terang Amira.
"Amira...akak tak perlu nak terus-terang kat dia. Lantak dialah. Cuba akak fikir,dia pernah ke teringat kat akak. Tak payah la sesak-sesakkan minda dan dada untuk memikirkan hal dia. Buat sakit jiwa jer. Lagipun lelaki ni bukan boleh percaya pun. Semuanya hipokrit belake."sambung ibunya.
Tiba-tiba dia teringat perbualanya dengan rakannya.
"Eh kau rasa dia budak baik tak?"soalnya kepada Syahirah.
"Bagi aku la,dia tu hipokrit."jawabnya terang tanpa berlapit-lapit.
"Asal lak?"soalnya kehairanan.
"Bagi pendapat aku semua lelaki hipokrit. Depan perempuan bukan lagi baik tapi belakang  kita tak tahu."terangnya. Amira mengaiakanya tanpa sedar.
"Betul gak kata kau tu" dia mengangguk.
Betul apa yang diperkatakan temannya itu. Lelaki memang hipokrit. Tidak boleh dipercayai. Hanya tipu semata.
"Waktu umur mama macam Mira dulu,mama pun macam tu jugak. Malah dari darjah enam lagi. Setiap remaja akan merasai untuk dibelai,disayangi,nak popular dan apatah lagi dan disukai oleh lelaki. Tapi semua tu tak guna dan membuang masa. Ramai kawan-kawan mama yang couple waktu sekolah pastu putus. Kawin dengan prang lain jugak. Tak ada guna pun semua tu. Mama teringat waktu dulu,masa form 1,ada lekai minta alamat rumah so mama pun bagi. Rupa-rupanya budak tu hantar surat. Tapi malang surat tu sampai kat tok ayah. Ayah mama pun nasihat kat mama macam mama nasihat kat Amiralah sekarang. Man is the biggest liar. Tak usah meletakkan kepercayaan sepenuhnya. Merugikan." jeda ibunya beberapa saat. Amira mengalih pendangannya ke arah adiknya yang kusyuk membaca buku.
"Tak perlulah akak. Akak tu muda lagi. Perjalanan masih panjang lagi. Sekarang fikir untuk belajar sahaja. Tumpu perhatian elok-elok kat study. Kalau ada jodoh,tak ke mana Mira. Kalau perempuan tu popular sebab pandai,bijak lagi lelaki pandang. Tak usah nak berbanggalah kalau ada lelaki yang kacau. Buakannya dengan perempuan tu juga yang dia kahwin. Dengan orang lain juga. Dengar ya Mira,selagi mama dan abah masih hidup,soal jodoh tak perlu susah hati. Sekarang concentrate to your study jer."sambung ibunya lagi panjang lebar.
"Maruah perempuan ni kena jaga. Kalau sekali kita buat buruk,diorang dah merendahkan maruah kita. Biarlah orang kata kita jual mahal asalkan maruah kita terjaga dan tinggi. Mana yang akak nak,their respect or penghinaan? Kalau budak lelaki tu cerita buruk-buruk pasal akak kat kawan-kawan dia apa yang akak buat selama ni,tak ke malu?tak ke maruah kita rendah? Mama tak mahu maruah anak mama tercalar dan murah. Selama ni mama sentiasa menjaga maruah sebolehnya tinggi-setingginya. Apabila kita jadi perempuan macam tu sebenarnya ramai orang lelaki suka tapi tak berani nak tegur. Nak tahu sebab apa?"soal ibunya.
"Sebab apa?"Amira menanya.
"Sebab diorang hormat kat kita!"jawab Puan Hasanah dengan semangat.
Sebab diorang hormat..hurm..aku ni,diorang hormat ke?soalnya kepada diri sendiri. Sedih.
"Dulu ada kawan mama sorang ni. Dia memang rapat dengan budak lelaki. Kira macam ramah dan mesra la. Tapi nak tahu tak budak lelaki kata kawan mama tu apa? Diorang kata kawan mama tu porong. Waktu mama dengar tu,terkejut juga. Yelah budak yang rapat dengan mereka,pastu diorang boleh kata budak tu macam pelacur. Lepas tu mama terus tak trust budak lelaki accept yang muhrin dan abah."cerita ibunya.
Amira juga terkejut mendengar cerita ibunya. Biar betul..monolognya.
"Sebab tu la,kita sebagai perempua ni kena jaga maruah sebaik-baiknya. Bila maruah dah tercalar macam mana nak baikinya semula. SUSAH!!Fikir elok-elok apa yang mama cakap ni. Bukannya mama tak faham situasi Mira ni. Mama pun pernah lalui."pesan ibunya sebelum meletakkan susu ke dalam gelas.
Air mata Amira sudah bergenang di birai matanya. Ternyata apa yang dikata oleh ibunya banyak kebenaran. Dan yang pasti kena batang hidung sendiri. Tika itu dia seperti kapal yang dilambung gelora laut yang kuat. Tekapai-kapai di tengah lautan tanpa bantuan. Terasa lemah sekali semangatnya. Entah mengapa,dia masih meletak harapan pada lelaki itu. Ahh..sudah la tu Mira..lupakan..Dia mengenang kembali apa yang telah dilakukan olehnya. Terasa malu teramat. Terasa maruahnya bagai disiat-siat dan tercalar. Tak tahu bagaimana mahu ubatinya semula. Sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Dia menangis sendirian.Dia sudah tekad bahawa dia akan melupakan lelaki itu dan rasa ini. Vanish from her heart. Biarlah perit dan sakit.
Amira juga telah berazam sempena maal hijrah ni dia akan menjaga maruahnya setinggi mungkin dan sama sekali tidak memikirkan soalnya cinta.
"Waktu Amira ambil result nanti buat macam biasa jer"pesan ibunya sebelum meninggalkan dapur. Amira tersentak dan mengangguk perlahan. Aku kena lupakan juga. Be a new person and better person. Don`t think about love or perkara yang melalaikan. Banyak lagi tangga perlu dipanjat dan didaki. Puncak tertinggi gunung belum ditawan lagi. So usah memikirkan perkara yang membuang masa. Must struggle from now. Ya Allah,aku mohon padaMu,berilah 9A kepadaku dalam PMR supaya dapat ku membalas jasa ibu dan bapaku dalam mengejar cita-citaku,amin...

Bagaimanakah nanti Amira berhadapan lelaki itu ketika mengambil result nanti,bagaimana pula kisah sambunganya dalam pelajarannya...nantikan sambungannya..

sedarkan daku~

Lantunan ayat-ayat suci,
bergema di seluruh kawasan,
membuatku tersentak daripada lamunan,
yang sangat jauh,
tika diri kesunyian,
tiada peneman diri,
itulah yang menemaniku,
satu suara mengalunkan,
dengan merdu sekali,
begitu mengasyikkan,
manik-manik jernih jatuh bertaburan,
menegenangkan dosa dahulu,
mahukan janji tuhan yang mengeasyikkan,

Oh tuhan,
berikanlah ku kekuatan,
dalam menjalani kehidupan ini,
berikanlah aku ketabahan,
dalam mengharungi dugaan ini,
sedarkanlah daku,
supaya aku menjadi orang yang,
mensyukuri rahmatMu.....

Thursday 24 November 2011

Anugerah itu~bhgn 1~

Bismilahirahmanirrahim..

"Kejam..sampai hati dia buat aku macam ni. Apa dia ingat dia tu bagus sangat,hebat sangat. Pergi balik la!!!!"hempas buku kecilnya ke atas meja. Geram. Dia mengigit bibirnya dan mengenggam jari-jemarinya. hatinya terasa panas sekali pada waktu itu. Sungguh dia terasa seperti dihina. Kalau ikutkan hati bukannya dia nak add sangat pun dalam friend list dia. Baginya hanya sekadar kawan sahaja. Tak pernah untuk melebih-lebih. Amarahnya masih tidak surut lagi pada itu. Sudah berkali-kali dia beristighfar dalam hati,memohon agar Allah mengampuninya kala itu. Seperti kebiasaan,syaitan pasti akan memasuk jarum bagi menambahkan lagi kemarahannya di dada. Dia menarik nafas dan mengeluarkan keluhan yang terasa sangat berat baginya. Huh..dia tahu bahawa Allah tidak menyukai hambaNya yang mengeluh. Dan pasti dia sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai perasaan ini tapi rasa ini sangat menyakitkan hati. Terlalu sakit. Seperti dihiris oleh jutaan pisau yang tajam. Cukup dalam lukanya.
"Ish..benci aku"lagi dia mengeluarkan rasa tidak puas hatinya. Dia terasa tidak tenang waktu itu. Ya Allah bagilah aku petunjukMu. Lantas itu dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail sahabatnya yang terasa sangat diperlukan ketika itu. Tidak sampai lima minit,kedengaran suara di seberang memberi salam.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam,Farhana,ni saya Amira"jawabnya tanpa disoal.
"Oh..saya tahu. Kenapa call tiba-tiba je ni?" terasa pelik menyelubungi Farhana.
"Farhana,sekarang ni aku tengah sedih dan sangat kecewa" Amira menahan sebaknya.
"Apasal pulak?"
"Farhana,aku add dia tapi dia tak prove. Waktu tu aku check,aku tengok yang aku kena add semula dia sebagai friend. Aku bukannya berniat nak chat atau message dengan dia pun. Just nak add dalam friends list jer" Amira menangis. Dia menahan rasa geram dan sedih yang bersarang di dalam jiwa. Sungguh dia terasa terkilan dengan sikap seorang manusia ini.
"Oohh..pasal dia ker...ahh tak payah nak fikirkan sangat la. Mungkin dia malu kut" Farhana cuba memujuk.
"Tak mungkin la Farhana,tak mungkin. Aku rasa dia macam menyampah kat aku jer. Aku sedih sangat ni. Aku tak berniat apa-apa pun. Kenapa dengan dia tu" dia menangis lagi.
"Farhana,kalau awak nak tahu,saya dah fikir beberapa kali sebelum add dia. Tapi tu la."
"Dah la,toksah nak fikirkan sangat."Farhana mencuba nasibnya lagi.
"Entah la Farhan,hati ni dah beberapa kali menangis sebab dia. Hati ni dah beberapa kali terluka sebab dia. I think i need to forget him. One day I will,"katanya tekad.
"Eleh,dari hari tu lagi dok kata,nak lupakan dia,nak lupakan dia. Tapi tengok sekarang,takder pun." gelak Farhana. Amira turut tergelak sekali. Memang itulah kebenaran yang perlu ditelan. Dia sudah berkali-kali cuba untuk melupakan insan bernama Aniq itu tetapi sangat susah.
"Ahh..malas la nak fikir pasal dia. Buat sakit jiwa jer. Eh,Farhana,kau tengok tak lagi blog baru aku?"soalnya mengubah topik.
"Belum"
"Jenguk la. Tapi baru lagi la..."gelaknya.
"Okaylah Farhana,thanks a lot tau. Lega sikit hati saya ni. Terasa beban yang ditanggung lepas sikit. Maybe lepas ni I need to forget him. Biarlah masa yang menentukan hati ini. Yelah hati inikan milik Allah. Hanya Dia yang mampu untuk mengubah rasa ini. Sama ada Dia nak menariknya balik atau masih meletakkan rasa itu." baginya rasa itu merupakan anugerah yang manis. Dan tidak semua insan dapat merasai rasa itu. Hanya sesetengah sahaja yang pandai mengunakan dengan sebaiknya di landasan yang betul.
"Tak mengapa la Mira,biasalah tu,sahabat la katakan..."Farhana tergelak.
"Anyway thanks once again. I`m owe you one. Thanks very much. Saya sayang awak!"Amira senyum.
"Okaylah awak,I need to go. Once again thank you very much dear." selepas dia memberi salam dan Farhana menjawabnya,segera dia meletakkan gagang. Takut kalau lama-lama habis kredit. Kedekut..
Dia menarik nafas lega. Tapi rasa amarah + sedih + kecewa masih bersarang di jiwa. Mujurlah hari ni dia puasa sunat. Hari khamis katakan. Dalam Islam pun ada mengajar bahawa orang yang puasa sunat ni banyak fadhilatnya.
I need to forget him. I need!..dia sudah bertekad namun rasa di hati itu menghalangnya. Ahh..biarkan..biarkan.

Tidak lama kemudian,ibunya dan adiknya dari bandar baru pulang....

"Haziq,akak ada cerita sedih ni.." Amira memberitahu adiknya itu.
"Benda kak,beritahu la" soal adiknya semula.
"Nanti ar akak cerita. Sekarang ni angkat barang dulu" arahnya kembali.

Sementara itu dia ke dapur untuk mengemaskan barang-barang yang dibeli oleh ibunya sebentar tadi.
Huish,banyak juga barang ni,ni beli ker borong,ngumamnya dalam hati. Terkejut namun dia sedia maklum yang bahawa ibunya perlu memasak untuk hidangan makan menghadap bagi pengantin.
"Akak,tu mama beli nasi ayam tu. Letak dalam bekas elok-elok biar semua dapat makan" arah ibunya di dalam bilik.
"Baik ma" akur Amira.
Dia segera mengambil bekas-bekas yang bersesuaian untuk meletak nasi dan lauk. Setelah selesai,ibunya serta adik-adiknya menjamu selera bagi mengisi perut yang kosong dari breakfast tadi hingga sekarang. Pukul 3 petang baru boleh makan. Sibuk katakan. Bukannya Amira tidak boleh memasak namun barang-barang untuk memasak tiada. Jadi terpaksa la dia menelefon ibunya bahwa dia tidak masak untuk tengah hari itu. Kadang kala dia akan mengantikan ibunya di dapur untuk memasak untuk memberi laluan supaya ibunya dapat merehatkan diri. Masih segar dalam ingatanya dua hari lepas.

"Ma,hari ni akak masak asam pedas jer. Tapi rempah sendiri la sebab rempah instant tak ada. Sorry la kalau tak sedap" Amira menggaru kepalanya yang tidak gatal tu.
"Takper..lagi bagus apa kalau buat rempah sendiri"puji ibunya.
"Eh kak,maksu ni pun masih tak pandai lai buat asam pedas ni. Kira akak ni dah pandai masak la ni." puji ibu saudaranya. Dia pun tidak dapat memastikan bahawa pujian tiu ikhlas ataupun tidak. Ah..lantaklah.
"Haziq rasa sapa yang dapat akak ni bertuah tak?" soalnya kepada adik keduanya itu. Sengaja test~random. Dia gelak sorang-sorang.
"Haziq rasa la..bertuah la. Sebab akak pandai masak" Haziq gelak memberi jawapan itu. Eh pandai menjawab budak ni. Nak bodak la tu. Amira tersengih mendengar jawapan dari adiknya yang bertuah tu.
"Betul tu kak,Afiq rasa macam tu gak" sampuk adiknya yang keempat. Ada-ada ajer. Dia mengeleng kepala. Malas nak layan.

Lamunnya terhenti apabila kedengaran suara ibunya memanggil. Eh mengelamun pulak aku ni.
"Ya ma. Akak datang ni." dia segera ke dapur semula setelah menyusun surat khabar yang berterabur di atas lantai. Ni semua sebab adiknya yang masih kecil. Tahu main je tapi tak pandai kemas. Biasalah budak-budak.
"Kejap ma" laungnya..

"Mama nak buat apa ni?"soalnya.
"Mama nak buat triffle untuk dessert" terang ibunya. Dia sudah menjilat bibirnya. Terliur la katakan.
"So bila nak gi rumah nenek?"
"Lepas siap semua ni,pergilah"
"Ohh"dia hanya mengangguk. Mengerti.
"Akak.tolong basuh 10 biji telur pastu asingkan telur merah dengan putih."arah bondanya tercinta.
"Yup madam"
"Lepas tu kacau ngan tepung kastard biar dia sampai gebu"
Bertungkus-lumus dia melakukan apa yang disurh oleh ibunya. Dia mahu memberi yang terbaaik kepada ibunya namun perasaan yang tidak stabil tika itu menganggunya. Ahh..lupakanlah Amira..lupakan.
Setelah selesai,dia masih terasa sedih oleh sikap manusia itu. Terasa maruahnya begitu rendah sekalia. Sungguh cuak dan bengang terasa. Perlukah dai menceritakan pada bondanya itu. Ya sudah pasti perlu. Tiba-tiba
"Kak..kak kata nak cerita,so cerita la. Mana tau dapat ringan sikit?"soal Haziq.
Erm..aku baru jer nak cerita..ngumamnya dalam hati,
"Akak tak suka la kalau ada orang perasan kita nak kat dia. Akak benci yang teramat"luahnya.
Puan Hasanah hanya berdiam diri. Setia mendengar.
"Akak ada cerita kat mama kan yang akak ada add dia. Tapi yang mengecewekan akaknya adalah dia tak prove pun sedangkan akak tak fikir lain pun. Akak tak fikir bukan-bukan pun. Bukan niat akak nak chat atau message ngan dia pun. Tak pernah terfikir oleh akak pun ma. Bakpe dia buat macam tu. Akak rasa macam kena tolak mentah walaupun bukan depan-depan."luahnya lagi
"Akak,Haziq rasa dia malu kot"adiknya memberi pendapat.
"Tak mungkin la Haziq. Akak rasa dia macam menyampah kat akak ada la."
"Ma,akak ada cerita kat kawan akak,dia pun kata toksah nak fikirkan sangat pun. Tapi ma sedih kalau orang buat mcam tu kat kita. Sedih dan kecewa sangat-sangat. Buat pengetahuan mama la kan,sepanjang akak suka dia jarang akak ketawa,akak biasanya menangis atau sedih"dia mengeluh.
"Tu maknanya dia tu bukan orang yang baik" jawab ibunya.
"Tapi ma dia tu sebenarnya orang yang baik. Akak pun tak tahu. Akak rasa akak nak beritahu jer kat dia yang akak bukan hinginsangat nak add dia bahkan akak fikir berkali-kali sebelum add dia. Akak nak beritahu jer kat dia yang akak telah buat kesilapan yang snagt besar sebab add dia. Ma nak tahu tak, disebabkan akak terlampau bengang ngan dia,akak tukar gambar dan nama profile. Biar lepas ni akak tak cara dia dan tak cari akak." air matanya sudah bergenang menahan rasa sedih.
"Amira.mama rasa semua ini ada hikmahnya. Lepas ni akak tak payah la nak fikir pasal dia lagi. Bukannya dia pernah fikirkan pasal akak pun."
Dia hanya mengangguk lemah.
"Tapi ma.."dia memandang ke arah ibunya.
"Amira,dengar nasihat mama ni....."Puan Hasanah memandang tepat ke arah anak gadisnya itu.

Apakah nasihat yang diberi oleh ibunya itu..nantikan pada bahagian seterusnya...

Wednesday 23 November 2011

rasa ini....

diri terasa seperti disengat oleh tebuan,
bisanya yang sangat menyakitkan,
menular hingga ke setiap saraf..
diri terasa seperti disiat-siat oleh pisau yang sangat tajam,
lukanya yang mungkin tak akan pernah sembuh...

ya Allah,berilah kukekuatan untuk menempuhi ujian persaan ini,
ku bersyukur Ya tuhan kerna menganugerahkan rasa ini,
sungguh pada awalnya terasa manis namun..
apabila yang dikehendaki tidak menjadi kenyataan,
terasa sulitnya Ya Allah..

kenapa ya Allah,
kekadang ku terfikir,
kenapa Engkau menganugerahkan rasa ini kepadaku untuknya,
sedangkan Engkau sudah mengetahui bahawa dia mungkin bukan untukku..

hatiku sering kali menangis kernanya,
terasa sakit sekali,
sangat Ya Allah..

tika ini ku pohon,
seandainya dia memang bukan untuk ku,
hilangkan rasa ini dari hati,
lenyapkan ia Ya Allah sebelum ku tersungkur di daerah yang melukakan hingga ku mungkin tidak mampu bangkit kembali,
matikan rasa ini sebelum diri ini kecewa buat beribu kalinya mungkin hingga tidak bisa dibilang..

namun seandainya dia milikku,
letakkan rasa cintanya kepadaku keranaMu,
letakkan rasa cintaku kepadanya keranaMu,
dekatkan hati ku dengan hatinya,
Ya Allah,
ku mohon janganlah Dikau mengecewekan hati ini dengan rasa ini,

ku mohon Ya Allah..dengan hati yang rapuh ini...



Monday 21 November 2011

cebisan kenangan~

ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga,
 meski pun kini kita terpisah demi kasihnya,
namun cebisan kenangan kita,
sentiasa bermain di bayangan mata,
detik waktu yang berlalu,
menjadi memori kau dan aku....

sungguh....bait-bait lagu nasyid di atas menjadi sebati dalam diri ini..rindunya kenangan sewaktu form 3 dulu..ye la..dulu masa form 1 budak2 blaker..bila dah naik f3 wow..MATANG BEB..ha3 (matang2 pown..fikiran budak2 gak..hu3 harunyer...)
tak sangka..pejam celik..pejam celik..umur pun dah makin meningkat (nak beritahunya dah tua la..) bila umur dah makin naik maka tanah kubur pun dah makin dekat la dengan kita..beringat  sebelum diingatkan...
TAUBAT seh..

apaa2 pun..bila disoal kekawan sebatch..diorang pun kata maybe f3 kowt yang paling best..and for me of course f3 tetap di hati..
yang menyedihkan hatinya kalau naik f4 nanti tak jumpa dah kekawan dulu..TAK NAK!!!!
tapi tu la JODOH DAN PERTEMUAN tu kan di tangan Allah...
hurm..
bila dah habis PMR..mesti ader resultnya kan...
so buat masa ni menanti result la ( berdebar bagai nak tercabut jantung dari dada-mujurlah ada orang tangkap...hu3)
bila dah f3 ni..jiwa pun dah makin matang skit..
ader yang suka sana..suka sini..i lap u and u lap me la...so banyak kerenah..
kalu tak kawal maka binasalah diri..
hati manusia ni kalau lemah senang jer syaitan nak MASUK JARUM..so apa lagi kena kebalkan PERTAHANAN la dengan senjata kita..apa lagi kalau bukan IMAN DAN TAKWA..
semua orang kata cakap senangla..nak buat susah..eh2 sapa kata susah..
kalu kita nak pasti tak kan menjadi susah..
kan Allah pernah berfirman...

"Kami tak akan mengubahkan nasib sesuatu kaum seandainya kaum itu tidak mengubahnya dengan sendiri"
(sori la kalau translatenya mengikut kepahaman sendiri-supaya mudah memahami)

tengok..dah terang2 lagi bersuluh (agaknya kena letak torchlight yang besar kowt baru leh nampak-tidak pun guna kanta pembesar)

sori la kalu dah melalut entah apa2 jer..biasa la manusia..hina dina tiada apa2...
pst..saya dedikasikan sedikit puisi n gambar buat semua f3 yang disayangi ...

kenangan yang takkan bisa dilenyapkan,
walaupun ditoreh dengan pisau getah,
divanishkan dengan clorox,
persahabatan ini tak kan pernah putus,
walaupun digunting dengan gunting yang tajam,
hatta ditembak dengan bazuka...
namun segala kenangan dan persahabatan ini mungkin akan hilang,
seandainya dimatikan dan dilupa ingatan oleh yang MAHA KUASA....

semanis bicara pembuka ikatan.....

assalamualaikum....

sebenarnya...terus terangla kata..blog ni adalah blog yang KEEMPAT!!..ha3
biasa la saya ni jenis lupa password kalau nak masuk blog yang lama ( kira ada penyakit nyanyuk la ni skit)..
tapi insya-ALLAH..kali ni saya akan cuba tak akan lupa ( kena catat dalam buku note kecil ar password and ID..kah3)..
blog kali ni saya nak buat agak ringan n simple for creative writing or same like that...
agaknya sebab cita2 sampingan saya kowt yang nak jadi penulis..maka terciptalah blog macam ni..
erm..cuma ada satu kepayahan untuk saya sebab I`M STILL STUDENT so nak update maybe lambat n SLOW SANGAT...huish still student pun dah busy..hu3..

but..slow2 pon..akan terupdate jugak kowt sebab ada sumber inspirasi..
hidup mesti ada sumber inspirasi kan.. ;)ha3..
okay la tu..
wokey..pembuka bicara dah ada..apa kata saya selitkan sedikit puisi untuk permulaan kalam ni..
BARU SYOK!!!( kot...takut SS-syok sendiri)

anyway..HOPE YOU WILL ENJOY WITH THIS YOUNG BLOG~

pembuka kata,
pemanis bicara,
membuka ikatan.
antara kau dan aku,
terasa manisnya,
pabila persahabatan terjalin...
betapa riangnya,
apabila mendapat kongsi suka dan duka..
ku harap dengan itu,
agar jalinan ini bermula dengan sebuah perkataan,
SALAM....

cari2

cebisan diriku...

My photo
diri ini tidak pandai untuk menilai siapakah gerangan ini..diri ini hanya mengharapkan yang terbaik daripada Ilahi..hanya yang mengenali diri ini sebenar-benarnya yang mampu untuk menilai.....

kata2 hikmah..penyeri kehidupan~

manis bicara,
indah tutur kata,
manis senyuman pembuka ukhuwah,
hati yang manis bercahaya,
menjadi pengikat sesama kita...

manis bicara,
pembuka ikatan,
manisnya pengalaman,
bila baca al-Quran,
semoga impian jadi kenyataan....


Rasulullah S.A.W Bersabda..

Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak
akan berada pada diri seseorang itu
melainkan ia menjadi perhiasan baginya
dan tidak dicabut dari seseorang itu
melainkan menjadi celaan baginya.

RIWAYAT MUSLIM..