Sunday 27 November 2011

Anugerah itu~bhgn 2~

"Dengar elok-elok ye apa yang mama nak cakap ni" Puan Hasanah memandang tepat wajah anak gadisnya itu. Amira hanya mendiamkan diri. Akur.
"Mira,setiap perkara mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang kita tak pasti apakah ia. Hanya sesetengah sahaja yang dapat mengetahuinya. Justeru itulah kita sebagai hamba kena akur dan redha setiap perkara sama ada suka ataupun tidak."lembut dan hikmah.
"Mungkin peristiwa ini menjadi titik tolak nagi permulaan untuk Amira berubah menjadi manusia yang lebih baik. Mungkin ini cara Allah untuk menegur Amira supaya tidak terlalai dan hanyut dalam melewati perasaan.". Amira mendonggak kepalanya dan mengangguk perlahan.
"Mama,akak memang sakit hati sangat dengan sikap budak tu. Akak rasa sangat sedih. Akak rasa nak terus-terang jer."terang Amira.
"Amira...akak tak perlu nak terus-terang kat dia. Lantak dialah. Cuba akak fikir,dia pernah ke teringat kat akak. Tak payah la sesak-sesakkan minda dan dada untuk memikirkan hal dia. Buat sakit jiwa jer. Lagipun lelaki ni bukan boleh percaya pun. Semuanya hipokrit belake."sambung ibunya.
Tiba-tiba dia teringat perbualanya dengan rakannya.
"Eh kau rasa dia budak baik tak?"soalnya kepada Syahirah.
"Bagi aku la,dia tu hipokrit."jawabnya terang tanpa berlapit-lapit.
"Asal lak?"soalnya kehairanan.
"Bagi pendapat aku semua lelaki hipokrit. Depan perempuan bukan lagi baik tapi belakang  kita tak tahu."terangnya. Amira mengaiakanya tanpa sedar.
"Betul gak kata kau tu" dia mengangguk.
Betul apa yang diperkatakan temannya itu. Lelaki memang hipokrit. Tidak boleh dipercayai. Hanya tipu semata.
"Waktu umur mama macam Mira dulu,mama pun macam tu jugak. Malah dari darjah enam lagi. Setiap remaja akan merasai untuk dibelai,disayangi,nak popular dan apatah lagi dan disukai oleh lelaki. Tapi semua tu tak guna dan membuang masa. Ramai kawan-kawan mama yang couple waktu sekolah pastu putus. Kawin dengan prang lain jugak. Tak ada guna pun semua tu. Mama teringat waktu dulu,masa form 1,ada lekai minta alamat rumah so mama pun bagi. Rupa-rupanya budak tu hantar surat. Tapi malang surat tu sampai kat tok ayah. Ayah mama pun nasihat kat mama macam mama nasihat kat Amiralah sekarang. Man is the biggest liar. Tak usah meletakkan kepercayaan sepenuhnya. Merugikan." jeda ibunya beberapa saat. Amira mengalih pendangannya ke arah adiknya yang kusyuk membaca buku.
"Tak perlulah akak. Akak tu muda lagi. Perjalanan masih panjang lagi. Sekarang fikir untuk belajar sahaja. Tumpu perhatian elok-elok kat study. Kalau ada jodoh,tak ke mana Mira. Kalau perempuan tu popular sebab pandai,bijak lagi lelaki pandang. Tak usah nak berbanggalah kalau ada lelaki yang kacau. Buakannya dengan perempuan tu juga yang dia kahwin. Dengan orang lain juga. Dengar ya Mira,selagi mama dan abah masih hidup,soal jodoh tak perlu susah hati. Sekarang concentrate to your study jer."sambung ibunya lagi panjang lebar.
"Maruah perempuan ni kena jaga. Kalau sekali kita buat buruk,diorang dah merendahkan maruah kita. Biarlah orang kata kita jual mahal asalkan maruah kita terjaga dan tinggi. Mana yang akak nak,their respect or penghinaan? Kalau budak lelaki tu cerita buruk-buruk pasal akak kat kawan-kawan dia apa yang akak buat selama ni,tak ke malu?tak ke maruah kita rendah? Mama tak mahu maruah anak mama tercalar dan murah. Selama ni mama sentiasa menjaga maruah sebolehnya tinggi-setingginya. Apabila kita jadi perempuan macam tu sebenarnya ramai orang lelaki suka tapi tak berani nak tegur. Nak tahu sebab apa?"soal ibunya.
"Sebab apa?"Amira menanya.
"Sebab diorang hormat kat kita!"jawab Puan Hasanah dengan semangat.
Sebab diorang hormat..hurm..aku ni,diorang hormat ke?soalnya kepada diri sendiri. Sedih.
"Dulu ada kawan mama sorang ni. Dia memang rapat dengan budak lelaki. Kira macam ramah dan mesra la. Tapi nak tahu tak budak lelaki kata kawan mama tu apa? Diorang kata kawan mama tu porong. Waktu mama dengar tu,terkejut juga. Yelah budak yang rapat dengan mereka,pastu diorang boleh kata budak tu macam pelacur. Lepas tu mama terus tak trust budak lelaki accept yang muhrin dan abah."cerita ibunya.
Amira juga terkejut mendengar cerita ibunya. Biar betul..monolognya.
"Sebab tu la,kita sebagai perempua ni kena jaga maruah sebaik-baiknya. Bila maruah dah tercalar macam mana nak baikinya semula. SUSAH!!Fikir elok-elok apa yang mama cakap ni. Bukannya mama tak faham situasi Mira ni. Mama pun pernah lalui."pesan ibunya sebelum meletakkan susu ke dalam gelas.
Air mata Amira sudah bergenang di birai matanya. Ternyata apa yang dikata oleh ibunya banyak kebenaran. Dan yang pasti kena batang hidung sendiri. Tika itu dia seperti kapal yang dilambung gelora laut yang kuat. Tekapai-kapai di tengah lautan tanpa bantuan. Terasa lemah sekali semangatnya. Entah mengapa,dia masih meletak harapan pada lelaki itu. Ahh..sudah la tu Mira..lupakan..Dia mengenang kembali apa yang telah dilakukan olehnya. Terasa malu teramat. Terasa maruahnya bagai disiat-siat dan tercalar. Tak tahu bagaimana mahu ubatinya semula. Sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Dia menangis sendirian.Dia sudah tekad bahawa dia akan melupakan lelaki itu dan rasa ini. Vanish from her heart. Biarlah perit dan sakit.
Amira juga telah berazam sempena maal hijrah ni dia akan menjaga maruahnya setinggi mungkin dan sama sekali tidak memikirkan soalnya cinta.
"Waktu Amira ambil result nanti buat macam biasa jer"pesan ibunya sebelum meninggalkan dapur. Amira tersentak dan mengangguk perlahan. Aku kena lupakan juga. Be a new person and better person. Don`t think about love or perkara yang melalaikan. Banyak lagi tangga perlu dipanjat dan didaki. Puncak tertinggi gunung belum ditawan lagi. So usah memikirkan perkara yang membuang masa. Must struggle from now. Ya Allah,aku mohon padaMu,berilah 9A kepadaku dalam PMR supaya dapat ku membalas jasa ibu dan bapaku dalam mengejar cita-citaku,amin...

Bagaimanakah nanti Amira berhadapan lelaki itu ketika mengambil result nanti,bagaimana pula kisah sambunganya dalam pelajarannya...nantikan sambungannya..

No comments:

Post a Comment

cari2

cebisan diriku...

My photo
diri ini tidak pandai untuk menilai siapakah gerangan ini..diri ini hanya mengharapkan yang terbaik daripada Ilahi..hanya yang mengenali diri ini sebenar-benarnya yang mampu untuk menilai.....

kata2 hikmah..penyeri kehidupan~

manis bicara,
indah tutur kata,
manis senyuman pembuka ukhuwah,
hati yang manis bercahaya,
menjadi pengikat sesama kita...

manis bicara,
pembuka ikatan,
manisnya pengalaman,
bila baca al-Quran,
semoga impian jadi kenyataan....


Rasulullah S.A.W Bersabda..

Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak
akan berada pada diri seseorang itu
melainkan ia menjadi perhiasan baginya
dan tidak dicabut dari seseorang itu
melainkan menjadi celaan baginya.

RIWAYAT MUSLIM..