Thursday 24 November 2011

Anugerah itu~bhgn 1~

Bismilahirahmanirrahim..

"Kejam..sampai hati dia buat aku macam ni. Apa dia ingat dia tu bagus sangat,hebat sangat. Pergi balik la!!!!"hempas buku kecilnya ke atas meja. Geram. Dia mengigit bibirnya dan mengenggam jari-jemarinya. hatinya terasa panas sekali pada waktu itu. Sungguh dia terasa seperti dihina. Kalau ikutkan hati bukannya dia nak add sangat pun dalam friend list dia. Baginya hanya sekadar kawan sahaja. Tak pernah untuk melebih-lebih. Amarahnya masih tidak surut lagi pada itu. Sudah berkali-kali dia beristighfar dalam hati,memohon agar Allah mengampuninya kala itu. Seperti kebiasaan,syaitan pasti akan memasuk jarum bagi menambahkan lagi kemarahannya di dada. Dia menarik nafas dan mengeluarkan keluhan yang terasa sangat berat baginya. Huh..dia tahu bahawa Allah tidak menyukai hambaNya yang mengeluh. Dan pasti dia sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai perasaan ini tapi rasa ini sangat menyakitkan hati. Terlalu sakit. Seperti dihiris oleh jutaan pisau yang tajam. Cukup dalam lukanya.
"Ish..benci aku"lagi dia mengeluarkan rasa tidak puas hatinya. Dia terasa tidak tenang waktu itu. Ya Allah bagilah aku petunjukMu. Lantas itu dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail sahabatnya yang terasa sangat diperlukan ketika itu. Tidak sampai lima minit,kedengaran suara di seberang memberi salam.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam,Farhana,ni saya Amira"jawabnya tanpa disoal.
"Oh..saya tahu. Kenapa call tiba-tiba je ni?" terasa pelik menyelubungi Farhana.
"Farhana,sekarang ni aku tengah sedih dan sangat kecewa" Amira menahan sebaknya.
"Apasal pulak?"
"Farhana,aku add dia tapi dia tak prove. Waktu tu aku check,aku tengok yang aku kena add semula dia sebagai friend. Aku bukannya berniat nak chat atau message dengan dia pun. Just nak add dalam friends list jer" Amira menangis. Dia menahan rasa geram dan sedih yang bersarang di dalam jiwa. Sungguh dia terasa terkilan dengan sikap seorang manusia ini.
"Oohh..pasal dia ker...ahh tak payah nak fikirkan sangat la. Mungkin dia malu kut" Farhana cuba memujuk.
"Tak mungkin la Farhana,tak mungkin. Aku rasa dia macam menyampah kat aku jer. Aku sedih sangat ni. Aku tak berniat apa-apa pun. Kenapa dengan dia tu" dia menangis lagi.
"Farhana,kalau awak nak tahu,saya dah fikir beberapa kali sebelum add dia. Tapi tu la."
"Dah la,toksah nak fikirkan sangat."Farhana mencuba nasibnya lagi.
"Entah la Farhan,hati ni dah beberapa kali menangis sebab dia. Hati ni dah beberapa kali terluka sebab dia. I think i need to forget him. One day I will,"katanya tekad.
"Eleh,dari hari tu lagi dok kata,nak lupakan dia,nak lupakan dia. Tapi tengok sekarang,takder pun." gelak Farhana. Amira turut tergelak sekali. Memang itulah kebenaran yang perlu ditelan. Dia sudah berkali-kali cuba untuk melupakan insan bernama Aniq itu tetapi sangat susah.
"Ahh..malas la nak fikir pasal dia. Buat sakit jiwa jer. Eh,Farhana,kau tengok tak lagi blog baru aku?"soalnya mengubah topik.
"Belum"
"Jenguk la. Tapi baru lagi la..."gelaknya.
"Okaylah Farhana,thanks a lot tau. Lega sikit hati saya ni. Terasa beban yang ditanggung lepas sikit. Maybe lepas ni I need to forget him. Biarlah masa yang menentukan hati ini. Yelah hati inikan milik Allah. Hanya Dia yang mampu untuk mengubah rasa ini. Sama ada Dia nak menariknya balik atau masih meletakkan rasa itu." baginya rasa itu merupakan anugerah yang manis. Dan tidak semua insan dapat merasai rasa itu. Hanya sesetengah sahaja yang pandai mengunakan dengan sebaiknya di landasan yang betul.
"Tak mengapa la Mira,biasalah tu,sahabat la katakan..."Farhana tergelak.
"Anyway thanks once again. I`m owe you one. Thanks very much. Saya sayang awak!"Amira senyum.
"Okaylah awak,I need to go. Once again thank you very much dear." selepas dia memberi salam dan Farhana menjawabnya,segera dia meletakkan gagang. Takut kalau lama-lama habis kredit. Kedekut..
Dia menarik nafas lega. Tapi rasa amarah + sedih + kecewa masih bersarang di jiwa. Mujurlah hari ni dia puasa sunat. Hari khamis katakan. Dalam Islam pun ada mengajar bahawa orang yang puasa sunat ni banyak fadhilatnya.
I need to forget him. I need!..dia sudah bertekad namun rasa di hati itu menghalangnya. Ahh..biarkan..biarkan.

Tidak lama kemudian,ibunya dan adiknya dari bandar baru pulang....

"Haziq,akak ada cerita sedih ni.." Amira memberitahu adiknya itu.
"Benda kak,beritahu la" soal adiknya semula.
"Nanti ar akak cerita. Sekarang ni angkat barang dulu" arahnya kembali.

Sementara itu dia ke dapur untuk mengemaskan barang-barang yang dibeli oleh ibunya sebentar tadi.
Huish,banyak juga barang ni,ni beli ker borong,ngumamnya dalam hati. Terkejut namun dia sedia maklum yang bahawa ibunya perlu memasak untuk hidangan makan menghadap bagi pengantin.
"Akak,tu mama beli nasi ayam tu. Letak dalam bekas elok-elok biar semua dapat makan" arah ibunya di dalam bilik.
"Baik ma" akur Amira.
Dia segera mengambil bekas-bekas yang bersesuaian untuk meletak nasi dan lauk. Setelah selesai,ibunya serta adik-adiknya menjamu selera bagi mengisi perut yang kosong dari breakfast tadi hingga sekarang. Pukul 3 petang baru boleh makan. Sibuk katakan. Bukannya Amira tidak boleh memasak namun barang-barang untuk memasak tiada. Jadi terpaksa la dia menelefon ibunya bahwa dia tidak masak untuk tengah hari itu. Kadang kala dia akan mengantikan ibunya di dapur untuk memasak untuk memberi laluan supaya ibunya dapat merehatkan diri. Masih segar dalam ingatanya dua hari lepas.

"Ma,hari ni akak masak asam pedas jer. Tapi rempah sendiri la sebab rempah instant tak ada. Sorry la kalau tak sedap" Amira menggaru kepalanya yang tidak gatal tu.
"Takper..lagi bagus apa kalau buat rempah sendiri"puji ibunya.
"Eh kak,maksu ni pun masih tak pandai lai buat asam pedas ni. Kira akak ni dah pandai masak la ni." puji ibu saudaranya. Dia pun tidak dapat memastikan bahawa pujian tiu ikhlas ataupun tidak. Ah..lantaklah.
"Haziq rasa sapa yang dapat akak ni bertuah tak?" soalnya kepada adik keduanya itu. Sengaja test~random. Dia gelak sorang-sorang.
"Haziq rasa la..bertuah la. Sebab akak pandai masak" Haziq gelak memberi jawapan itu. Eh pandai menjawab budak ni. Nak bodak la tu. Amira tersengih mendengar jawapan dari adiknya yang bertuah tu.
"Betul tu kak,Afiq rasa macam tu gak" sampuk adiknya yang keempat. Ada-ada ajer. Dia mengeleng kepala. Malas nak layan.

Lamunnya terhenti apabila kedengaran suara ibunya memanggil. Eh mengelamun pulak aku ni.
"Ya ma. Akak datang ni." dia segera ke dapur semula setelah menyusun surat khabar yang berterabur di atas lantai. Ni semua sebab adiknya yang masih kecil. Tahu main je tapi tak pandai kemas. Biasalah budak-budak.
"Kejap ma" laungnya..

"Mama nak buat apa ni?"soalnya.
"Mama nak buat triffle untuk dessert" terang ibunya. Dia sudah menjilat bibirnya. Terliur la katakan.
"So bila nak gi rumah nenek?"
"Lepas siap semua ni,pergilah"
"Ohh"dia hanya mengangguk. Mengerti.
"Akak.tolong basuh 10 biji telur pastu asingkan telur merah dengan putih."arah bondanya tercinta.
"Yup madam"
"Lepas tu kacau ngan tepung kastard biar dia sampai gebu"
Bertungkus-lumus dia melakukan apa yang disurh oleh ibunya. Dia mahu memberi yang terbaaik kepada ibunya namun perasaan yang tidak stabil tika itu menganggunya. Ahh..lupakanlah Amira..lupakan.
Setelah selesai,dia masih terasa sedih oleh sikap manusia itu. Terasa maruahnya begitu rendah sekalia. Sungguh cuak dan bengang terasa. Perlukah dai menceritakan pada bondanya itu. Ya sudah pasti perlu. Tiba-tiba
"Kak..kak kata nak cerita,so cerita la. Mana tau dapat ringan sikit?"soal Haziq.
Erm..aku baru jer nak cerita..ngumamnya dalam hati,
"Akak tak suka la kalau ada orang perasan kita nak kat dia. Akak benci yang teramat"luahnya.
Puan Hasanah hanya berdiam diri. Setia mendengar.
"Akak ada cerita kat mama kan yang akak ada add dia. Tapi yang mengecewekan akaknya adalah dia tak prove pun sedangkan akak tak fikir lain pun. Akak tak fikir bukan-bukan pun. Bukan niat akak nak chat atau message ngan dia pun. Tak pernah terfikir oleh akak pun ma. Bakpe dia buat macam tu. Akak rasa macam kena tolak mentah walaupun bukan depan-depan."luahnya lagi
"Akak,Haziq rasa dia malu kot"adiknya memberi pendapat.
"Tak mungkin la Haziq. Akak rasa dia macam menyampah kat akak ada la."
"Ma,akak ada cerita kat kawan akak,dia pun kata toksah nak fikirkan sangat pun. Tapi ma sedih kalau orang buat mcam tu kat kita. Sedih dan kecewa sangat-sangat. Buat pengetahuan mama la kan,sepanjang akak suka dia jarang akak ketawa,akak biasanya menangis atau sedih"dia mengeluh.
"Tu maknanya dia tu bukan orang yang baik" jawab ibunya.
"Tapi ma dia tu sebenarnya orang yang baik. Akak pun tak tahu. Akak rasa akak nak beritahu jer kat dia yang akak bukan hinginsangat nak add dia bahkan akak fikir berkali-kali sebelum add dia. Akak nak beritahu jer kat dia yang akak telah buat kesilapan yang snagt besar sebab add dia. Ma nak tahu tak, disebabkan akak terlampau bengang ngan dia,akak tukar gambar dan nama profile. Biar lepas ni akak tak cara dia dan tak cari akak." air matanya sudah bergenang menahan rasa sedih.
"Amira.mama rasa semua ini ada hikmahnya. Lepas ni akak tak payah la nak fikir pasal dia lagi. Bukannya dia pernah fikirkan pasal akak pun."
Dia hanya mengangguk lemah.
"Tapi ma.."dia memandang ke arah ibunya.
"Amira,dengar nasihat mama ni....."Puan Hasanah memandang tepat ke arah anak gadisnya itu.

Apakah nasihat yang diberi oleh ibunya itu..nantikan pada bahagian seterusnya...

1 comment:

  1. salam...
    i know your a though girl right?
    so just be patient and soon you will get better...
    ada hikmah sebalik apa yang terjadi...
    maybe you can get better person than him,right???
    no one tahu.. So just don't too think about it>>>

    ReplyDelete

cari2

cebisan diriku...

My photo
diri ini tidak pandai untuk menilai siapakah gerangan ini..diri ini hanya mengharapkan yang terbaik daripada Ilahi..hanya yang mengenali diri ini sebenar-benarnya yang mampu untuk menilai.....

kata2 hikmah..penyeri kehidupan~

manis bicara,
indah tutur kata,
manis senyuman pembuka ukhuwah,
hati yang manis bercahaya,
menjadi pengikat sesama kita...

manis bicara,
pembuka ikatan,
manisnya pengalaman,
bila baca al-Quran,
semoga impian jadi kenyataan....


Rasulullah S.A.W Bersabda..

Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak
akan berada pada diri seseorang itu
melainkan ia menjadi perhiasan baginya
dan tidak dicabut dari seseorang itu
melainkan menjadi celaan baginya.

RIWAYAT MUSLIM..