Aku membuang pandanganku,
sungguh indah pemandangan,
tatkala ku terleka,
datang ia menyapa minda,
kenangan bertalu di minda,
terasa bagai dalam layar perak,
sungguh indah dan ceria,
penuh cerita berperisa,
kebetulan melangkaui pertemuan,
tercipta satu rasa di dalam mimbar,
tikaku kesunyian,daku berharap,
ku tidak mahu ia bersifat sementara,
malah aku mahu ia bermahkota selamanya,
di bawah naungan yang Esa....
p.s..puisi ni saya buat waktu dalam bas masa nak pergi Kelantan sebab nak berlawan dalam pertandingan basketball...hu3..layanzz...
No comments:
Post a Comment