Bismillahirahmanirahim....
Cepat masa berlalu..orang kata cinta dan suka tu adalah perkara yang berbeza...ye ker???Apa yang bezanya ya?? Biasalah bila naik remaja ni macam-macam yang berlaku..sebab tu la ada pepatah kata "Sesiapa yang berjaya melepasi zaman remajanya dengan kejayaan,maka zaman seterusnya adalah mudah untuk ditempuhi". Maksudnya zaman remajalah zaman paling susah sekali..sebab kat zaman tu la kita yang menentukan siapa kita pada masa hadapan. Selalunya konflik yang sering dihadapi remaja dan topik paling hangat adalah CINTA..so apa beza suka dan cinta yer???
CINTA VS SUKA..mana pilihan anda???
Dihadapan orang yang kita cinta,hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orng yang kita suka,kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta,musim sentiasa berbunga-bunga. Tapi di depan orang yang kita suka,musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,kita akan menjadi kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka,kita akan tersenyum.
Di depan orang kita cinta,lidah kelu berkata-kata. Di depan orang kita suka,lidah bebas berkata apa saja.
Di depan orang kita cinta,kita menjadi malu.Di depan orang kita suka,kita akan tunjuk imej sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis,kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis,kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.
Jikalau kita berhenti menyukai sesorang,umpama kita membuang telinga. Tapi jika kita cuba tutup mata. Cinta berbuah air mata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. Cuba fikir-fikirlah bersama-sama siapa kita cinta atau suka..
No comments:
Post a Comment