Monday, 23 January 2012

Cinta VS Suka..

Bismillahirahmanirahim....

Cepat masa berlalu..orang kata cinta dan suka tu adalah perkara yang berbeza...ye ker???Apa yang bezanya ya?? Biasalah bila naik remaja ni macam-macam yang berlaku..sebab tu la ada pepatah kata "Sesiapa yang berjaya melepasi zaman remajanya dengan kejayaan,maka zaman seterusnya adalah mudah untuk ditempuhi". Maksudnya zaman remajalah zaman paling susah sekali..sebab kat zaman tu la kita yang menentukan siapa kita pada masa hadapan. Selalunya konflik yang sering dihadapi remaja dan topik paling hangat adalah CINTA..so apa beza suka dan cinta yer???

CINTA VS SUKA..mana pilihan anda???

Dihadapan orang yang kita cinta,hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orng yang kita suka,kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta,musim sentiasa berbunga-bunga. Tapi di depan orang yang kita suka,musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,kita akan menjadi kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka,kita akan tersenyum.

Di depan orang kita cinta,lidah kelu berkata-kata. Di depan orang kita suka,lidah bebas berkata apa saja.

Di depan orang kita cinta,kita menjadi malu.Di depan orang kita suka,kita akan tunjuk imej sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis,kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis,kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.

Jikalau kita berhenti menyukai sesorang,umpama kita membuang telinga. Tapi jika kita cuba tutup mata. Cinta berbuah air mata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. Cuba fikir-fikirlah  bersama-sama siapa kita cinta atau suka..

Just kongsi lagu~

Bismillahirahmanirahim...

Dah lama tak tulis dalam blog ni..huish habis bersarang..ha3..sebenranya just nak kongsi sebuah lirik ni. Saya suka sangat kat lagu ni sebenarnya sebab macam kena jer ngan hati saya ni...hu3<jiwang>..anywany hope korang enjoy la lagu ni (muzik tu cari sendiri-just letak lagu jer..hu3)

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pengangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta padanya
Cinta pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan.

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan.

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Ku menanti cinta

Lirik lagu Melly Goeslaw-Haramkah

Thursday, 12 January 2012

Jaga mulut la...

Bismillahirahmanirahim....

Syukur alhamdulillah sebab Allah bagi saya peluang untuk menulis dalam blog ni walaupun sibuk kat sekolah. Jadi upper form kan~tapi tak rasmi lagi...

Actually,dalam entry ni saya cuma nak luah skit yang terpendam dalam hati ni. Erm..kira luahan plus pendapat kut. Okay direct to the point la..setiap orang pasti pernah kena ejek or kena insult. Tapi saya rasa tak semua kot..Kekadang saya terfikir apa motif orang untuk menghina orang lain atau untuk menjatuhkan orang lain. Saya rasa sangat hairan. Jikalau tak puas hati kenapa tak direct beritahu kat orang tersebut..cakap la elok2..kenapa nak ejek2. Buat sakit hati tau.

Sepanjang saya hidup ni...setiap tahun pasti ada ejekan yang sangat menyakitkan. Sangat2. Kalau kita ejek diorang,mereka tahu rasa sakit hati. Habis tu perasaan orang lain macam mana??? Tak sakit ker??? Setiap orang Allah telah menganugerahkan hati dan perasaan. Bohong sangat kalau dia tu takder perasaan. Kenapa perlu bermusuh-musuhan,kenapa perlu jatuh-menjatuhkan,kenapa perlu ejek-mengejek,kenapa perlu sakit-menyakitkan hati satu sama lain. Bukankah setiap muslim itu adalah bersaudara??? Fikirlah sebagai seorang yang mempunyai iman. Paling kurang pun sebagai manusia yang mempunyai hati.

Nak tegur..tapi tak tahu nak tegur cam mana..so ejeklah...
Huh..ada ker cara macam tu. Nak tegur orang biarlah berhemah. Bukankah islam telah mengajar kita bagaimana cara untuk menegur atau berkawan. Kenapa tak boleh ikut???susah ker???Bukankah islam tu agama yang mudah..kenapa nak susahkan yang mudah...fikirkanlah.

Kalau dulu masa zaman Rasulullah,pemuda akan protect kaum wanita sebab Islam pun mengangkat martabat kaum wanita. Tapi sekarang??? Kebanyakan lelaki hanya pandai untuk menjatuhkan kaum wanita,merendahkan maruah seorang wanita. Yang saya hairan,padahal perempuan tu tutup litup,siap bertudung labuh,memang kiranya dah lengkaplah..tapi kenapa boleh ada lelaki cakap benda bukan2 kat perempuan tu,hina or insult perempuan tu. Tolonglah jaga maruah seorang wanita. Malulah dengan sahabat nabi dulu. Mereka dulu bukanlah pour muslim,convert dari agama nenek moyang mereka. Kenapa kita ni yang keluar dari perut ibu,tahu2 dah muslim,tak boleh nak ikut..kenapa???Boleh tak seseorang jawab soalan ni dengan jawapan yang bernas???Boleh ker???

Cukuplah buat orang sakit hati..cukuplah buat hati seseorang tu menangis. Tak rasa serba salah ker kalau orang tu kena pindah kerja or pindah sekolah sebab kita torture mind diorang. Kalau tak rasa salah tu memang hati tu dah keras macam batu la. Ataupun ayat lembut dia,hati dah berajakan IBLIS. Suka sangat ker orang benci kita,cakap benda negatif pasal kita sebab sikap buruk kita. Nak tunjuk apa kat orang..nak tunjuk yang kita ni mafia la,taiko la,gangster la..pergi blah la dengan semua tu. Bukannya boleh masuk dalam amalan kita pun. Tapi tu dibawah kuasa Allah la..tapikan..kalau kita dah sakitkan hati orang bukankah kita sepatutnya minta maaf padanya. Takut nanti akhirat tersekat amalan. Baru jer nak masuk syurga tapi kena sekat sebab ada orang tu masih makan hati dengan sikap kita. Nak ker???fikir2kanlah...

Konklusi..fikirlah sendiri..sebab setiap orang ada pandangan masing2. Saya pun tak nak tulis panjang2 sebab takut takder orang nak baca. Saya cuma berharap agar banyak2kan muhasabah diri. Fikir siapa kita sebenar...kat dunia ni takder milik kita pun..semua Allah punya. So apa yang dimegah-megahkan. So renung2kanlah...

Wednesday, 4 January 2012

Kita merancang, Allah menentukan..

Bismillahirahmanirahim....

Dah lama tak menulis dalam blog ni. Agaknya dah banyak sarang labah-labah yang terhasil. Ha3..Urm..kali ni just nak kongsi pengalamannya. Well everyone ada experience kan....macam mana beleh dapat idea???Ha3..Macam biasa,duk blog walking....terbaca entry pasal pengalaman or memory lah senang citer...so terbitlah idea macam ni...

Nak jadi story camni la..
Dulu..sebelum ambik UPSR..my mom selalu bisik kat telinga ni..masuklak IMTIAZ..masuklah IMTIAZ....Saya asked la juga IMTIAZ tu aper???yelah budak mentah tahu apa kan??hu3..so my mom pun jawab la yang IMTIAZ tu sekolah bagus,hafal Al-Quran dan banyak lagi kebaikan sekolah tu dicanang kat telinga dan otak ni. So apa lagi,saya yang budak hingusan ni,mulalah pahat dalam mind yang lepas UPSR nak gi IMTIAZ..tapi my mom kata kalu nak pergi IMTIAZ kena dapat straight A`s..So..waktu darjah enam dulu..apalagi pulun habis la (tapi main gak sikit-sikit)..nak shortkan storynya tercapailah impian saya nak dapat straight dalam UPSR..tersyukur tak terkira masa tu..macam budak-budak dapat gula-gula..hu3.After that try la minta IMTIAZ, MRSM ,sekolah agama lain dan sekolah biasa. Impian my mom nak hantar saya kat sekolah agama saja. Saya pun cam tu gak..just sekolah agama sahaja..pastu dapat la tawaran IMTIAZ..tawaran interview je la...haru jer..Nak sedapkan citer,waktu interview tu bukan main buat yang terbaik..tapi tak tipu la..tak main la bohong2 ni..not my stlyle...
After several weeks,result pun kuar..masa tu berdebar sangat..macam nak cabut jer jantung ni..tapi bila dapat tahu resutl.....saya tak dapat sekolah idaman saya tu..masa tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya..sangat2 sedih...saya pun apa lagi buat la perangai ni..jerit kat dalam rumah..'nak gak masuk..nak gak masuk'..ala perangai budak2..macam tu la..so my mom pun kata try la interview kat MRSM lak..waktu tu ada MRSM ULUL ALBAB..yang untungnya MRSM tu kat Besut..my hometown...
Pada mulanya saya meronta taknak interview kat situ..tapi mak saya paksa juga..oleh kerana terpaksa..saya dengan hati berat terpaksalah interview walaupun taknak...
Okay..shortkan story..Alhamdulillah..saya dapat MRSM..tp sekolah lain tak dapat..haru juga waktu tu..sebab kawan2 lain sume dapat sekolah yang diorang minta..tapi saya dapat MRSM jer..seduh tu Allah jer yang tahu..hu3..so nak tak nak terpaksalah masuk gak..tapi MRSM tu bukan MRSM biasa..MRSM tu hafal Quran..maybe sebab itulah my mom boleh tergerak hati suruh saya masuk..kalau tak my parent tak bagi masuk MRSM ni..
Sebenarnya..nak katanya ni semua adalah kuasa Allah. Kita hanya boleh merancang namun Allah lah yang menetukan segalanya. Mungkin Allah telah mengerakkan hati parents saya..tapi saya rasa sangat syukur ke hadrat Ilahi kerana menempatkan saya di sekolah tersebut. Walaupun saya sedih sebab tak dapat mana2 tawaran like brother saya...tapi mungkin di situ adalah tempat saya. Tempat di mana saya menimba ilmu dan membesar sebagai remaja yang berjaya . Insya-Allah..
Yup..hanya Allah yang tahu takat mana kemampuan hambaNya..jikalau kita masih lagi memengang agamaNya,hukumNya,dan Dia di hati kita..insya-Allah..di mana sahaja kita dicampak..insya-Allah..berjaya. Tidak perlulah terlalu kecewa kerana tidak dapat apa yang dimahukan. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita tidak tahu. Sebab tu la kadang-kala kita sebagai hamba mesti mencari apakah rahsia di sebalik peristiwa yang terjadi dan di sebalik kejadian yang tercipta. Kita juga mesti yakin padaNya..jangan kurangkan sedikit hatta sebesar hama sekalipun...Allah tu maha Mengetahui.....

'Ku harapkan mentari sentiasa,
namun tiba-tiba Kau turunkan hujan,
Ku harapkan mawar merah yang megah cantik,
namun Kau beriku kaktus yang berduri,

Ku berasa sedih dan hampa,
namun rasa itu hanya sementara bila ku lihat,
pelangi yang  sembunyi malu disebalik awan setelah hujan berhenti menitis,
bunga kecil merah mula menghiasi kaktusku..


Sungguh agung ciptaanMu,
sungguh indah aturanMu,
namun kadang diriku lupa dan alpa,
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,
setiap yang pahit pasti ada manisnya..

TERIMA KASIH YA ALLAH..SYUKRAN...

Saturday, 31 December 2011

2012!!!!DAN SYUKRAN!!!

Bismillahirahmanirahim...

Macam mana yer nak cakap..ops..tulis..hish..berat rasanya dalam hati ni. First of all saya nak minta maaf kat semua orang especially my beloved parents..frenz..adik2 yang saya sayang sesangat..sahabat yang memahami dan semua la. Today adalah hari terakhir tahun 2011..selamat tinggal facebook,blog, dan semuanya yang tidak terlibat dalam silibus pelajaran. Apa khabar dan ahlan wasahlan guru2 upper form,buku,pen ,kertas dan semua tenaga yang terlibat dalam pelajaran.

Kepada sesiapa yang akan,sedang,pernah membaca..saya minta maaf sesangat!!!Kekadang apa yang saya tulis mengikut rasa hati seorang anak remaja. Tak pernah nak fikir apa yang akan berlaku ataupun senang kata akibat la..rasa macam berat sangat dalam hati ni.Macam ni,direct to the point,first thing yg saya nak tulis adalah,'We as a child'. As a child we must take everything yang dikatakan oleh parents. Tidak elok kalau kita kata diorang membebel..padahal bebelan diorang itulah yang membentuk peribadi seseorang. As a child..tidak sepatutnya kita ego or pertahankan ego kita or tunjuk ego kita kepada mereka. Walaupun mereka salah,jangan tunjuk kita pandai dengan mencelah apa yang mereka kata. Sebagai anak,kita kena pandai ambil yang mana buruk dan baik. Kena pandai jaga maruah mereka sebagai parent. Jangan terlalu ikutkan hati. Bila nak marah jer memberontak..pastu bila diorang dah terasa baru nak terhegeh-hegeh minta maaf. Sebagai anak dan seorang Islam,kita kena selalu muhasabah diri. Kena selalu ingat yang syurga di telapak kaki mereka,one of reason kenapa kita success adalah disebabkan  keredhaan mereka. Kalau mereka redha,Allah pun redha. Formula yang senang...
Kat sini saya nak ambil kesempatan kepada kedua parents saya,yang akak nak minat maaf banyak2. Banyak akak lakukan ikutkan hati saja. Bila dah sangkut baru terhegeh-hegeh...tak sepatutnya akak buat macam tu. Maafkan kekhilafan akak.

Okay tukar topic...
now HAPPY NEW YEAR to ALL...
hu3...tak sangka sudah masuk 2012..terasa macam cepat masa berlalu. Dulu waktu kecil2 dulu,selalu duk berangan bila la nak jadi besar ni,nak masuk high school.masuk universiti,ada kerjaya profesional dan jeng3..bercinta..ha3..(gatal~). Hati remajalah katakan...ceh..menyampah lak rasa ngan diri sendiri.
Hidup kita sebagai hamba dan insan terlalu banyak tanggungjawab. Seharusnya kita kena ada prinsip hidup supaya tidak terlepas dari landasan yang betul dan prinsip itu wajib berlandaskan iman dan syariat. Allah mesti di tangga teratas dalam carta hati..(selalunya ada carta lagu so kita ada la jugak carta hati)..
So tahun baru mesti ada azam baru..dan semestinya azam itu bersandarkan syariat dan agama. Barulah tak tersasar...sblm merepek terlebih jauh...kat sini saya nak ucap TERIMA KASIH BEBANYAK  buat parents saya tercinta sebab telah mendidik hingga sekarang...maafkan akak sebab akak ni masih mentah tapi koya perasan besar..tidak lupa adik-adik..yang banyak memberi dorongan walaupun kekadang boleh naik darah layan diorang..sahabat2 handai saya yang sudi mendengar luahan rasa dan memahami diri ini ntah perasan betul je..buat guru2..TERIMA KASIH..sebab sudi mengajar kami dari  mula2 lap hingus ngan kain sehingga pandai bergaya...jasamu sentiasa dikenang...

BUAT KALIAN SEMUA..TERIMA KASIH BANYAK2 TAK TERHINGGA...
SYUKRAN BITAUFIK WANNAJAH!!!..


Thursday, 29 December 2011

LOVE????

Bismillahirahmanirrahim...

Sudah lama tak update blog ni..sebenarnya ada sambungan untuk novel Anugerah Itu..tapi yang tu malas dan panjang skit la...hu3..okay back to the topic..erm..duk jejalan kat fb ( facebook walking..ha3) tengok2 la status org kan..sambil tu tgk la blog org kan..tup3 terbit la satu benda dlm otak dan hati..jeng3..nak tahu tak apa??????
C.I.N.T.A....~



Hai sebut pasal cinta ni..bila tanya orang apa benda tu.semua ada jawapan masing2. Bila tanya pengalaman cinta lak...macam2..ada yang happy..ada yang frutrated..ada yang tergolek la..n etc lagi...kekadang saya pelik bin hairan...memang la best,syok,layanzzzz jer bila bercinta ni,tapi bila dah broke..mulalah I hate you,awk dah permainkan hati saya..apa kono jang???Waktu mula2,semuanya wangi bahkan kentut pun kata wangi. Tapi bila dah benci semuanya busuk..eleh apa kelas bercinta cam tu. Tak pandang la...cuba fikir panjang dulu sahabat....Bercakap pulak pasal 'First Love'..uwah..semua kata macam2..yang positif ada...yang negatif pun ada..
Kalau pengalaman sendiri..ha3..nak gelak pun ada.yup I`m admit..memang pernah ada first love ni..I`ve my first love when 15 years old. Sekali lagi I admit memang sakit kalau kita suka a.k.a cinta la kat orang tu tapi dia tak suka balik. Sangat2 sakit. My heart ni rasa macam entah la nak kata cam mana..terlampau sakit..hu3. Tapi kenapa kita nak worried about that.. our true Love kan ada. Jodoh kita tak ke mana. Allah telah menetapkan pasangan kita sejak azali lagi.. kenapa perlu usha2 waktu persekolahan.
"Aku tak usha dia pun..entah kenapa perasaan ni ada"..okay saya admit memang ada orang rasa macam tu.. tapi takkan tiba2 kut..mesti kita terpandang kat dia or something yang membuat kita tertarik kat dia...
Kekadang kita kena fikir..Allah bagi kita perasaan itu ada dua sebab..
1.adalah anugerah buat kita..boleh kata nikmat la ( cara yang sah mengikut syariat)
2.adalah untuk menguji tahap keimanan kita terhadapNya...
think about it carefully sebelum terjebak..
Saya ada terbaca satu articel ni..dalam articel tu ada kata..kalau kita suka kat seseorang..just pray for her or him..tak perlulah nak melebih-lebih...
ada sebuah lagu nasyid ni..dan saya sangat suka lagu tu..dalam tu ada sebuah lirik yang sangat menyentuh kalbu saya..after I had heard that nasyid lyric..I practise that lyric as my pray...
this lyric that I had took for my pray..so faham betul2 ayat dia..

'Ya Rahman,seandainya dia yang terbaik buat ku,
Kau bukakanlah hati ku untuknya,
namun seandainya dia bukanlah untukku,
maka Kau lapangkanlah hati kami untuk menerima takdirMu,
sesungguhnya petunjuk dariMu adalah yang terbaik buatku...'

Anyway ada satu lagi yang saya nak sebut...kenapa muslim sekarang nak agung2kan cinta makhluk..sedangkan cinta Ilahi kan ada..Dia adalah Maha Pecinta..bahkan Rabiatul Adawiyah tidak bernikah kerana cintanya kepada Pencipta. Habis tu siapa kita nak banding dengan kekasih Allah tu. Tak malu ker???
hairan2..
Bewarelah dengan syirik cinta sahabat.....

'semakin besar cinta kita kepada Allah,
semakin kecil nilai makhluk di hati kita,
apatah lagi untuk menjadikan tandingan kepada Allah,
untuk diangau-angaukan'

FIKIR ELOK2 AYAT KAT ATAS...







cuba renung dalam2..muhasabah diri..takat mana iman kita..takat mana cinta kita kepadaNya..malulah..
bila saya fikir balik..saya amay mensyukuri rasa itu sebab rasa itu telah memberi saya ilham dalam dunia penulisan..kekadang saya pun tidak faham  kenapa Allah meletakkan rasa itu dalam hati ni..tapi kita sebagai manusia tidak bolah lari dari fitrah itu..hanya kita boleh lakukan adalah salurkan rasa itu pada saluran yang betul..jangan nodainya dengan perkara yang dilaknat Allah..
okay kalau betullah suka kat orang tu..terus terang kat parents dia (just for men only-25 years old and above-not for students!!!!)..ikutlah syariat..tak susah. Bahkan agama Islamlah agama yang sangat mudah and simple. So jangan susahkan dan payahkan. Ikut sunnah...

Hurm..this entry ni bukan nak tembak sapa2..tapi untuk peringatan umum dan untuk diri saya sendiri..cukuplah hati ni menangis sebab perkara yang melalaikan..ops one more thing..cinta sejati ni..kalau nak tahu maksud sbnrnya adalah.. kalau cinta itu merapatkan diri kita dengan sang Pencipta..itu barulah boleh panggil cinta sejati..so think about it..

LOVE????boleh tapi jangan sampai SYIRIK CINTA....


Thursday, 22 December 2011

PMR!!!

Bismillahiramnirrahim...

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..tidak dapat diluahkan oleh kata-kata,tidak dapt digambarkan oleh perasaan bahawa diri ini sangat bersyukur di atas rahmatNya yang sangat luas.

22 h/b December 2011,
tarikh keramat bagi mereka yang mengambil result PMR,dan itu termasuklah saya ni. Beberapa hari sebelum ni,badan dan hati ini sangat berdebar dan gementar. Bagaikan nak tercabut jantung,bagaikan nak luruh hati ni sebelum mengambil result PMR. Tetapi selepas dapat tahu keputusan tu,ya Allah,syukur sangat. Alhamdullilah,segala puji bagi Allah,kerana Dia sudah memakblkan doaku selama ini.  Bagaikan terasa di alam mimpi apabila mendapat tahu result saya.
Semasa di sekolah pelbagai jenis ragam yang dapat saya lihat sewaktu  sahabat-sahabat saya mengambil result. Yang paling menarik bagi saya bila saya lihat ada dua sahabat ni,muka cuak dan berdebar, bila diorang pergi tengok result kat papan notis,terlompat-lompat mengalahkan budak tadika lagaknya. Tertawa saya dibuatnya oleh gelagat mereka. Hai..macam-macam..
Tapi dalam kegembiraan pasti ada terselit kesedihan...saya sangat terkejut bila dapat tahu 2 orang dari kalangan kitorang terpaksa meninggalkan kami,namun saya berharap sangat agar mereka dapat meneruskan pengajian mereka di tempat yang sama. Yang menyedihkan adalah,salah satunya merupakan sahabat baik saya..tak dapat saya nak gambarkan bagaimana perasaan ini,yelah sudah 3 tahu satu kelas..tiba-tiba keluar..cuak jugak rasanya..
Tapi yang best bila sahabat kita yang kita sayang dapat keputusan yang cemerlang. Tak kisah boys or girls..semua adalah my frenz..walaupun kekadang tergigit lidah tu biasa la..asam garam kehidupan. Tu baru persahabatan,tidak masuk lagi gerbang perkahwinan.. ha3..melalut pulak....
Anyway..rasanya setakat ni kot luahan rasa..kat sini nak ambil kesempatan jugak nak ucap mabruk kepada budak MRSM KOPU..
-Syahirah                                -Ku Afif        
-Farhana                                 -Aiman Azidzul
-Nadiah                                  -Nazirul
-Nurin                                    - Adam
-Asma                                    -Aiman Syamil
-Aqilah 3E                              -Afiqah 3E
-Nisha                                     -Syidda 3C
-Yana                                     
-Atikah
-Alia
-Habibah
-Maisarah
-Aiysha
-Afiqah 3A
-semua budak perempuan dan lelaki  yang saya sayangi sekalian,
maaf sebab mention sikit jer nama...anyway you all always in my heart..
Tidak lupa juga kepada sahabat lama saya..
-Syahirah
-Era
-Husniyah
-Ain Adlina
-Sofia
-Afiqah
-Danial
-Nasrun
-Saif
-Fuad
-Baharin
-dan semua sekali...
Tidak lupa juga kepada sepupu saya dan bapa saudara saya,
-Solehuddin
-Ami Solehuddin
-Ami Hafiz
-Sabrina
-semoga  sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa walaupun result tidak seperti diharapkan...

MABRUK ALAIKUM...

cari2

cebisan diriku...

My photo
diri ini tidak pandai untuk menilai siapakah gerangan ini..diri ini hanya mengharapkan yang terbaik daripada Ilahi..hanya yang mengenali diri ini sebenar-benarnya yang mampu untuk menilai.....

kata2 hikmah..penyeri kehidupan~

manis bicara,
indah tutur kata,
manis senyuman pembuka ukhuwah,
hati yang manis bercahaya,
menjadi pengikat sesama kita...

manis bicara,
pembuka ikatan,
manisnya pengalaman,
bila baca al-Quran,
semoga impian jadi kenyataan....


Rasulullah S.A.W Bersabda..

Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak
akan berada pada diri seseorang itu
melainkan ia menjadi perhiasan baginya
dan tidak dicabut dari seseorang itu
melainkan menjadi celaan baginya.

RIWAYAT MUSLIM..